I'M ENGAGED PART 3 (Pencarian cincin)
Hi,
L dia yg pilih ke"solidan" (maaf bahasa hentam) cincin ni.. Since cincin belah rotan memang akan pakai lama jadi kene cari yg padat, keras, tak mudah bengkok dan cantik, menarik tertarik of coz..
Continue to next chapter..........
Ni the best part yang nak cerita.. HAHAHA
First of all, nak sambung sikit cerita dari part 2 dimana lepas je selesai temuduga dengan family masing2, Family L decide untuk hantar rombongan merisik secepatnya.. Aduhh. Nervous ah nak cite.. HAHA.. Kalau ikutkan masa pihak abang and akak aku, rombongan meminang dan merisik pada hari yang sama. Tapi since aku dapat orang dekat jadinya tak salah untuk buat asing2 kan..
So, sebelum nak hantar rombongan tu mestilah kene ada "buah tangan" iaitu cincin..YEAY!! Mulanya decide ingt nk biar L cari sendiri je cincin, tapi dia risau takut tak muat dengan aku maklumlah jari mok mok kan.. Biasalah cincin kene ada ada dua :
1. Belah rotan (merisik)
Cincin ni kebiasaannya cincin biasa xde batu2 and memang plan nk beli emas kuning.
2. Cincin batu/ Diamond/ Fashion (meminang)
Untuk cincin tunang pulak sebabkn aku bukan penggemar emas kuning so kami decide beli cicin emas putih berbatu.
Banyak juga dah senaraikan kedai2 yang ada kat JOHOR ni.. Alhamdulillah L seorang yang tak berputus asa untuk nak cari cincin untuk bakal Princessnya (chewah!!) Dalam banyak2 kedai L ada sebut dekat HABIB. Aku tak endahkan pun sbb masih nak cari kat tempat lain juga.. Tapi last2 kami ke HABIB juga sebab kat tempat lain tak banyak choice.. Hmmpp.. Okay u menang!! Hurh!
Sampai je kat situ da malas nak fikir apa cari terus mana berkenan.. So terus pilih size jari then design memang sgtlh limited untuk jari mok cam aku ni..
| Ni je cincin belah rotan untuk size aku.. #sedih |
So lepas je dah pilih move to cincin bertunang pulak.. okay ni aku pilih..Orang kata x bagus beli emas putih.. Tapi aku kesah apa as long as itu cincin dan ada sentimental value and both side setuju xde masalah pun.. Cincin emas putih jgn cakaplah memang banyak gila yg cantik tapi harga WOW sgt.. tp aku bukanlah seorang gigirl yg demand (hahahah) sgt so aku pilih yg simple and x sarat dengan batu dan harga berpatutan of coz..
| So ni cincin yang aku pilih just nice kan |
Cerita pasal costing untuk beli cincin sebenarnya L yang tentukan.. Dia dah bg roughly cost untuk dua cincin.. So total untuk dua cincin ni lebih kurang RM2K and Alhamdulillah both of us puas hati sgt dengan layanan mesra kat HABIB JEWEL PLAZA ANGSANA ni.. Kak Rahayu yg attend kami and i give her 5 star untuk layanan yg diberikan since L agk cerewet berbanding aku.. HAHAHAH
SO, FINAL DESTINATION !! EH DECISION !!
TADAAA!!!
| NI LAH CINCIN YANG KAMI PILIH.. |
Continue to next chapter..........
Comments
Post a Comment