I'M ENGAGED PART 2 (KISAH RM22.50)

Bersambung dari yang lepas.........

Lepas je dia lepas stage2 yang diberikan ayah, he decided untuk bawa aku jumpa family dia. (okay ini lagi kecut weh) sebab macam2 yg bermain kat fikiran aku ni contohthnya macam family dia macam mana, layanan family dia mcmana and bnyk lagilah. confirm korang2 yang alami situasi ni pun rasa yg sama kan.. HAHAHAHA... Sebelum nk pergi rumah dia untuk jumpa family dia tu mcm2 aku prepare.. Pakai baju apa, tudung warna apa, mekap cemana, kasut lagi, hahahah dah macam nak kahwin, mengadanya.. HIHIHI


Lepas dah prepare about 2 weeks, bermulalah untuk melakukan serangan hendap! aduii.. Hahaha..Nak lakukan serangan haruslah kene ada strategi, So strategi aku bila nak ke rumah dia aku bawa partner iaitu adik aku.. #penyelamatkalauhilangkatakata HAHAHA.. 
Sampai je kat rumah dia aku disambut baik oleh ibu dia dan kucing dia #EH.. Benar keluarga dia amat sopan, Mak A.K.A L's mom memang tak banyak cakap lebih kepada memerhati and apa yang aku perasan mak asyik senyum jee, dalam hati berbisik "mcm good signal je" tapi mungkin juga dia perhati dari layanan L terhadap aku.. Alhamdulillah aku di"treat" dengan sgt baik, dijamu char kuey teow MAK L  yg sedap wehh nak tambah tapi seganlah pulak.. xpe2 bersabar.. nanti2 dapat lagi.. HAHAHA


Lepas je settle ditemuramah oleh mak, aku minta izin utk balik sebab lagipun bawa adik kan.. kebetulan masa pergi jumpa family dia waktu hari raya, So apa lagi aku pow L nak duit rayalah.. Dapat.. bila buka je rasa mcm speechless pun ada jugak.. Buka je sampul raya yg L kasi ingtkn ada cabutan bertuah TV LED ke MOTOR ke KERETA ke..HAHAHA,, Tapi,, dia letak RM22.50 (johor punya  mas kahwin)...HAHAH...Geli hati jugak.. Tak guna L!! HAHAH


Nah duit raya dia.. hmmm
Bermulalah detik2 bakal menjadi tunangan orang...

Bersambung ke PART 3 k......................................................................

Comments

Popular Posts