swiMMING FOR hEALTH,,
ooLLA,,,
Emm,,
harini aq ade kelas recreational(terrestrial) with ABAH,,(CIK SHIDI)
kelas harini swimming,,
test woo,,gile la,,
aq da la lame x swimming,,
panccit woo,
die ade 2 kali buat,,
1. breast stroke,,
2. freestyle swim
agak menggelabahkan aq,,sebab aq takiiiiuuuuut x lulus je,,sebab da lame x swim kan,,biase la tu,,
emm,,
start je test,,tngok dak2 lain ramai jugak x ley wat,,tp ramai jugak yg oke,,
5 org,demi 5 org,,
akhirnye,,
sampai turn aq,,yaaahhhhoooooo!!!( dlm ati gelabah nk mampos kot)
tp alhamdulillah la,,walaupun da lame x swim,,aq boley buat jugak,,tp x FULLMARKS la,,dpt 15/20 je tok BREAST STROKE punye swim,,
lemas dok dlm tu,,bape bnyk gelen air jela aq tertelan,,hahaha..
abah ade bg komen taw die kate aq x ckup FIT la,,mybe sbb da lame x swimming kan,,
tok kali kedua punye style FREESTYLE swimming,,
hehe..alhamdulillah lepas jugak,,16/20,,+1 dri yg BREAST STROKE tu,,hehe
tp nak tawu satu bende x,,,swimming ni kan sebenarnye sgt menyihat kan taw,,
walaupun aq ni mule2 x reti swimming,,tp at last,,setelah beberape kali trun swim walaupun x selalu,,tetap boley berenang,,hehe,,
aq nk bgtawu pasal kebaikan SWIMMING la,,
KEBAIKAN BERENANG
Sememangnya terdapat banyak kelebihan jika anda pandai berenang. Disini, saya senaraikan beberapa kelebihan berenang yang perlu anda ketahui, antaranya:-
- Berenang merupakan satu aktiviti senaman yang tidak menggunakan kekerasan. Tambahan pula, seluruh badan anda disokong oleh air semasa anda menjalankan aktiviti ini. Kebaikannya, tiada tekanan kuat yang menekan sendi-sendi tulang anda berbanding membuat senaman di atas darat.
- Semasa anda menjalankan aktiviti renang, hampir keseluruhan otot utama, jantung dan paru-paru anda akan berkerja. Perkara ini boleh membuatkan tubuh badan anda akan merasa lebih segar, ringan dan berstamina setelah anda keluar daripada air.
- Aktiviti renang dapat membakar kalori tubuh badan anda. Ini kerana, semasa berenang, tubuh badan anda akan merasa lebih berat untuk bergerak di dalam air. Apabila anda berusaha untuk bergerak, tenaga yang diperlukan oleh anda juga tinggi sehingga pergerakan anda itu dapat membakar 24% kalori yang wujud dalam tubuh anda. Disebabkan itulah, kebanyakan doktor di Malaysia menyarankan pesakit obesiti menjalankan aktiviti ini agar mereka dapat menurunkan berat badan yang dimiliki.
- Aktiviti renang memerlukan anda mengamalkan bentuk postur badan yang betul. Apabila anda berdisplin dalam hal ini, aktiviti ini boleh membina kekuatan dan ketahanan otot-otot badan anda. Disamping itu juga, ia dapat melentur dan menghasilkan tubuh badan yang menarik buat anda.
- Aktiviti renang mampu memberikan anda ketenangan dan mengurangkan keadaan stress yang wujud dalam diri anda. Apabila anda tenang dan tidak stress, keadaan jantung anda akan menjadi normal. Perkara ini mampu membantu anda dalammengurangkan risiko daripada terkena pelbagai penyakit yang berprofail tinggi seperti sakit jantung.
- Aktiviti renang adalah senaman dan sukan yang paling sihat dan selamat daripada risiko mendapat kecederaan. Ini kerana, aktiviti ini tidak melibatkan perbuatan yang aggresif seperti bermain permainan di darat. Contohnya: Futsal.
- Aktiviti renang mampu melahirkan insan yang tenang, berani dan tidak panik semasa menghadapi saat kecemasanketika berada dalam air. Ini kerana, apabila seseorang itu pandai berenang, sudah tentu insan yang berkenaan mampu berfikiran dengan lebih rasional dan tahu apakah tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan situasi kecemasan yang dihadapi.
Comments
Post a Comment